Nieda & Niezam

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Welcome 2011..

Tahun baru muncul lagi, semestinya dikaitkan dengan azam baru. Azam lama cemana? as for me, banyaaaakk lagi belum ditunaikan..:( :( maksudnya, saya gagal. bila gagal, bukan bermakna selama-lamanya gagal. yes, jangan putus harap. tapi 2010 dah pun mencipta satu lagi kenangan indah dalam hidup saya. Bersyukur pada-Nya dengan segala nikmat yang Dia beri. Harapan, lebih indah di tahun ini. Yang pasti, manusia hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

Lagi 2 hari persekolahan akan bermula. Mesyuarat dah pun habis hampir seminggu. Macam-macamlah di kepala ni, belum apa2 dah serabut. Jawatan makin mencabar, yep saya ambil sebagai cabaran. Hidup ni memang takkan lekang dengan cabaran n dugaan. sentiasa ingatkan diri jadi positif selalu. Yang menjadi penyokong setia mestilah family n si dia yang tak putus2 banyak beri nasihat n kata2 perangsang.

Tiada siapa mengharapkan yang pahit terjadi pada tahun baru ini. semuanya manis2 belaka kan? so azam tahun baru saya yang lebih umum, nak jadi lebih berdisiplin, termasuklah dlm kerja, nak kurus! heee, n pembahagian masa. keduanya, melengkapkan azam itu sendiri. Yes insyallah!





Selamat tinggal 2010..n welcome 2011..may us be blessed with joy n happiness..

Wednesday, December 22, 2010

warkah buat bakal suami..

Warkah untuk dirimu yang jauh...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Keberadaan warkah ini di tanganmu sudah cukup untuk menyentuh rasa hatiku, terasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH swt kerana menemukan kita di dalam lembaran ini.
Alhamdulillah, diri ini ketika ini sihat dan berada di dalam keadaan yang baik. Bagaimana khabar dirimu dan imanmu di sana? Semoga berada pada tahap yang diingini dan semoga barakah dan rahmat Allah senantiasa mengiringi langkah kakimu. Semoga engkau menapak dengan penuh rasa kehambaan...
Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Dan sesungguhnya penantian itu seperti suatu yang berat untuk ditanggung. Tetapi seperti katamu, sabar itu buahnya manis...sabar itu memberi erti. Dan diri ini sedikit sebanyak tenang dengan pujukan itu. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati. Semoga kita banyakkan istighfar apabila mengingatkan perkara ini. Jangan sampai terperangkap di dalam zina hati! Jangan terpedaya oleh nafsu kerana ingatlah akan sabda Rasulullah saw ini....
"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)"
(HR Hakim)
Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi. Diri ini terus bersiap untuk menerima perubahan keadaan persekitaran yang baru. Begitu juga persiapan minda dan sebolehnya sama-samalah kita menambah ilmu agar tidak timbul kesulitan di kemudian hari nanti. Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hatimu hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami...
Ingatkah dirimu akan ayat ini....
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
(Al Furqan:74)
Doa' yang dititipkan kita setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku.. Telah kuingatkan diriku, dalam setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku...dekatkanlah. Jika bukan, maka jauhkanlah...tetapi ternyata perjalanan urusan ini semakin dimudahkan ALLAH. Dan nyata, yang perlu dilakukan hanya menyemai kasih dan cinta padamu selepas pernikahan dan itulah yang terbaik buat diri ini kerana diri ini hanya mahukan keredhaan ALLAH di dalam setiap langkahan kaki dan perbuatan. Insya Allah, segala perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan juga. Dan ingatlah wahai bakal suamiku, tiap perbuatan dan tingkah laku kita akan diikuti oleh generasi selepas kita. Jadi berwaspadalah dengan setiap tutur kata dan perilaku...
Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa ’alaika tawakkaltu, wa ilaika anbtu, wa bika khoosamtu, wa ilaika hakamtu faaghfirlii maa qoddamtu wamaa akhkhartu, wamaa a’lantu, antalmuqodaimu wa antalmuqoddimu, wa antal muakhiru, laailaaha illa anta wala haula wala quwwata illabillahi.
Ya ALLAH, hanya kepadamu aku berserah diri, beriman, bertawakkal, kembali dan hanya bersandar kepadaMu aku mengambil keputusan. Kerana itu perkenanlah Engkau mengampuni dosaku yang telah lampau dan dosa yang akan terjadi, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku tampilkan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu ALLAH.
Doa'kan diri ini di dalam solat malammu.... Moga keyakinan kita padaNYA makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu....
Jagalah iman dan amalmu, semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti. Banyakkanlah berdoa' dan bertawakkal kepada ALLAH swt. Semoga terus berada di dalam redhaNYA...
Bakal zaujahmu...(^_^)

sumber :http://www.carijodohislam.com/MALAYSIA/node/1228

Sharing is caring!

Tuesday, December 7, 2010

Doughnut lover

Asal nampak donut, mesti saya terus beli dan makan. Penggemar donut tegar! tapi nya, saya tak berapa nak gemor dengan donut2 ada topping bagai ni. Yang orinal bersama gula, i like! 

 Suka makan, teringin nak buat, tapi tak buat2! hehe maka cuti2 Mesia ni, harus membuat donut! Menyelaklah saya di semua website yang ada, mencari resipi. ada yang susah, ada yang simple. Last2, saya campur, adjust sikit2..terus pi beli cari bahan. daripada sumber, kena pi cari tepung roti baru donut rasa gebu! tapi gagal dikesan tang mana tepung roti tu, sampai dah give up mencari, saya beli je tepung halus (untuk kek, pastri dsb) dan tepung gandum. 

 Pengikut setia dah jadi pembantu setia sekarang ni, si cumel Alin. Kemana aje, mengekor kakak nya ni.  Tambah, bab2 masak ni lagi la, suka nak menyebok, resipi pulak donut! sangat bersemangat.

Akhirnya, dengan bangganya sangat tak disangka2 dapat buat donut..heeee lembut, dan sangat sedap. tak pakai tepung roti pun ok. Permintaan Alin, tambah topping coklat. No problem! dah cuba, dah tau !:)

klik di sini untuk lihat resipinya :)

Salam Maal Hijrah 1432. Semoga menjadi lebih baik dan dirahmatiNya. Menaruh harapan pada hajat yang besar tahun ini, permudahkanlah Ya Allah..amin