Nieda & Niezam

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 3, 2011

sepuluh & sebelas jun dua ribu sebelas

hee..macam dah takde koje type tarikh panjang2. okay, this is it. masa yang ada untuk update blog telah tiba. Wpun hari bersejarah dah nak dekat sebulan berlalu, tapi feel itu tetap ada lagi. rasa macam nak rewind balik pun ada . sebab everything went too fast! i believe semua yang pernah merasai pun faham kan. klu boleh hari2 nak jadi pengantin baru kan kan..
            recall back hari2 yang indah itu., 10 jun jumaat yang mulia dimulakan Majlis Khatam Quran, bersama 2 org adik yg manis bergabung tenaga membaca surah2 yg terlibat. oh yes, malam sebelum tu dah mula merahkan jari jemari ku yg montoks ni dengan inai..tercapai hajat nak berinai dengan Wa Jah, makcik saya dr kedah yang memang pakar meng inai kaum kerabat keluarga saya sejak kecik. walaupun dah tak sekuat dulu n asyik dok marah saya yang tak reti dok diam yang mengakibatkan inai di jari ni rosak, saya tetap berpuas hati.hee
             masa khatam quran alhamdulillah kaki saya tak cramp disebabkan duduk bersimpuh terlalu lama.. hehe. tapinye debaran kat dalam hati ni tuhan saja yg tau. cover je dalam hati sepanjang hari smpai lah masa utk di make up kan utk majlis nikah. dah sampai masa, peliknya takda berdebar pulak. bila dah dengar sekali lafaz (hebat kan suamiku), berjaya tak titiskan air mata. pasai pa, klu dah setitis, dikhuatiri bergallon2 dan banjir kot satu taman nanti.si adik nina jugak yang cabar jgn nangis. tapi last2 dia yg teresak2..dari situ, berjujuran lah jugak, dan sangat huduh kalau muka nak cntrol nanges..
             lepas nikah dan bergambor beramai2 , pegi photoshoot kat taman polo. perasan macam artis kejap.    bukan selalu pun kan . only once in a lifetime pakai baju pengantin dan bergambar okay..maka haruslah megikut saja kata si photographer, Fauzan dan Firdaus namanye. marvellous la photoshoot dgn dorang ni. tak sia2 jumpa. sangat di recommanded. 
             malam tu tidoq lewat jugak wpun dah dipesan tido awal. salahkan brides maid sebab dia ajak bersembang. hehe sorry dear malina. but i love her. kazen saya sorang ni mmg sayangkan saya sgt sebab tu dia nak mghabiskan malam2 terakhir tidor dgn saya dgn sepenuhnya. ahaks! esoknya bangun dan terus get ready utk di make upkan oleh juru mekap tetap pilihan - kak tiq. kak tiq siap prepare bulu mata khas untuk mata i taww. dalam bilik kecik itu dipenuhi dengan photgrapher, videographer n bestfrens! really miss that moment.
           n bila masa untuk bersanding tiba, sangat bersyukur sebab cuaca masa tu tak panas, tak gelap. nampak semua tetamu makan best je especially cendol yang tak smpat saya nak rasa pun. semua best lah kirenya (soryy kalau terlebih puji) tapinye tetap ada jugak yg tak syokk. biaselah tu takkan dapat perfect kan dalam sesebuah event. i admit it. kita hanya mampu merancang...syukur ok..tapi saya tetap happy dgn suami di sebelah. :):)
          cukup setakat ini cerita saya. tak brp pandai nak cerita sebenor2nye. kesimpulannnye, haha siap ada kesimpulan. erm saya rasa mcm nak bersanding lagiiiiiiii! hehe tak puas rasa...udah2 le tu..fokus ler bagaimana jadi bini yang baik..insyallah..my husband, b ok kan setakat ni, kan kan ?yg penting setiap kali jmpa haruslah memerah air dari celah2 jemari ni utk bagi makan suami yer. tak kire lah menu best ke tak, bak kata seseorang, air tangan isteri itu penting ye. ;)
         okay nak tidoq. nanti update plak aktiviti lepas jadi laki bini. weeeeeee :):) saya rindu suami :(:(:( sekian.


sanding








baju nikahku direka khas oleh saudara khalik mustafa. i love it.

catch him!
pelamin khatam Quran.







akad nikah
pelamins by Zaid.. takkan menyesal! :)






 winduuuuuuuu si dia :I