Nieda & Niezam

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 11, 2011

already 5 months!

huhu..5 bulan pernikahan ye. bukan di dalam perut...:) alhamdulillah 5 bulan yang happy sentiasa walau berjauhan. bila jauh, semakin rindu semakin sayang..gitu.
     sedang menulis ni hubby dah balik ke melaka. :( n saya baru lepas sakit teruk mengalami food poisoning.. tapi surf @google more to gastric penyakit saya ni...muntah berkali2, nasib baik husband di sebelah n jaga tip top daripada bawa ke klinik sampai lah sedia makanan.. terharu sangat. ni first time sakit hubby ada di sebelah. walaupun kekadang bila hubby ada macam ada terlebih manja sikit, hubby tetap bersabar melayani kerenah isteri..huhu tq so much lalink. 
     di bawah ni saje nak share tentang satu artikel drp pakarhowto.com tentang tips hidup bahagia suami isteri..tatapan saya dan juga suami..
  • sentiasa positif okay! gelak tawa n suasana kasih sayang adalah suatu kemestian- 
  • niat perkahwinan mestilah baik, untuk mencari keredhaan Allah, berdoalah selalu..
  • bukan sekadar suami isteri sahaja, tetapi menajdi rakan karib, atau "soulmate" lah kan.luahkan masalah yang ada, elak rasa malu..
  • belajar mudah memaafkan pasangan dan kurangkan rasa marah2!
  • rugi kalau berdendam..
  • perbanyakkan nasihat, puji2an buat pasangan..komunikasi sangat penting.
  • amalkan senyuman selalu, percuma je pun..sentuh selalu tangan, bahu, kepala dan sebagainye..
  • berterus teranglah dengan pasangan..
  • suami, berilah penghargaan istimewa buat isteri..spt candle light dinner, atau hadiah best2..huhu
  • kalau keluar bersiar2, berpegang2lah tangan untuk lebih mesra..
  • kedua2nya mesti tegur antara satu sama lain dengan penuh hikmah dan bijak kalau ada yang buat salah..
  • tidak terlalu mengongkong pasangan. masing2 ada hak untuk bersosial bersama2 kawan dan masyarakat.
  • kerja rumah adalah kerja untuk bersama2 dilakukan..
  • hubungan seksual yang sihat juga penting! gitu....
    Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
   "  Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami 
sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"
     (Surah Al-Furqan ayat 74)

..amin..insyallah.. doakan kami kehadiran orang ketiga :):):)

Friday, November 4, 2011

honeymoon story::backpackers version::

selepas 4 bulan diijabkabulkan, barulah berkesempatan nak berbulan2 madu ni..tak macam kebanyakan couple yang terus honeymoon 2-3 hari lepas jadi suami isteri. nak buek camno, masing2 ada komitmen dlm kerja plus cuti pun susah nak dapat..
so our honeymoon bermula pada cuti deepavali yang lepas. destination-Pulau Langkawi! sebab pilih Langkawi, pertama,lama dah tak pi..kedua, dapat langkawi ni sebab hubby menang contest kat dlm program tv hujung tahun lepas..hehe maka harus pergi jugaklah! so dh dpt satu honeymoon free! Kami terbang dengan AirAsia, bermalam di The Cabin at pantai Chenang yang sesuai utk backpackers.tiba dalam jam 3pm n terus check in di hotel dulu. hubby dah booking seblm smpai airport utk sewa kereta viva 2 hari. ok la tu hanya dua orang. condition kereta sangat superb! so lepas ni boleh contact lagi. kot2 nak pakai kereta lebih besar bila dah ada anak nanti huhu.

                                  

sampai je kami jalan2 di pantai chenang and plan utk program for the second day.after menikmati sunset, kami dinner dekat one of the seafood restaurant kat situ. so sangat santai malam itu sambil2 bercinta.:)   
depan hotel..muka penat berjalan
                      
@tasik dayang bunting
hari kedua seawal pagi kami pi island hopping untuk ke 3 pulau menaiki bot. penat tapi best! 4 jam dah habis di situ n petangnya terus ke Underwater World. syoknye di sini ialah dapat tengok penguin!! wee suke2..penguin sangat comel! dah puas tengok penguin dan spesies2 haiwan bawah laut yang lain, kami ke pantai sekali lagi. kali ni dpt tengok sunset dengan lebih dekat lagi sbb kami ke tengah laut sikit dengan naik jetski..suka2 dan suka..:)malamnye kami makan di restoran gulai panas/kawah Sri Batrisya berdekatan airport. kami sangat recommend makan di sini sbb memang sangat sedap..lauk gulai ikan, ulam, daging rebus,sotong tepung abis licin!hubby pun memang dah study n survey tmpat makan best n yang ini di antaranye.lokasinya tak jauh dari airport.


 hari ketiga pagi2 dah checkout hotel n terus ke cable car n subhanallah pemandangan nye dari atas sangat menakjubkan! 15 minit masa untuk cable car bawak kami naik ke gunung machincang sangatlah mendebarkan...huhu bibir ni kumat kamit baca selawat. lepas tu kami ke Nusantara Maju antara company yang keluarkan produk gamat.pastu terus ke makam mahsuri..sangat upset dengan persekitaran kat situ.banyak show yang close n seolah2 tak cukup pekerja nak jaga kawasan situ. pelawat dah tentu ramai sebab cuti umum. papan tanda yang paparkan makluman n sejarah mahsuri pun dah lama tak upgrade sebab ada tulisan nye kabur so susah nak baca. yang best pun cuma dalam muzium nye je lah. itupun sbb ada aircond.huhu..n makluman terbaru tentang keluarga mahsuri pun ada..
 kemudian terus ke pekan kuah untuk shopping!! huhu masa sangat singkat kat pekan kuah. shopping cekelat je banyak. :) pastu dinner di EE burger..haa kedai ni pun orang local recommend. menu sangat variety n pastinye sedap. sampai saya order 2 big meal ok! hubby hanya mampu geleng kepala dan menurut sahaje perintahku...hehe salah satu sebab boleh order lagi ialah dapat sms mengatakan flight balik kl delayed..huhu maka sampai di lcct dah  lewat malam. public tansport pun dah tutup. n taknak menyusahkan member.so kami buat keputusan bermalam di lcct hehehe..sejarah sungguh.!ini memang betul2 backpackers sejati.hiks!awal pagi barulah ke kl central n naik komuter untuk pulang ke rumah. kereta kami parking di Terminal Bersepadu Selatan. adventure sungguh.

ini kali pertama kami travel berdua. sangat indah. cant wait for our second version of honeymoon. romantika version i guess..sbb memang full honeymoon package!huhu yang pasti lokasinye masih ada pantai! coz i loveeeeee beach!! wee..tungguuuuuu...

permudahkan segalanya Ya Allah..amin