Nieda & Niezam

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

warkah buat bakal suami..

Warkah untuk dirimu yang jauh...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Keberadaan warkah ini di tanganmu sudah cukup untuk menyentuh rasa hatiku, terasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH swt kerana menemukan kita di dalam lembaran ini.
Alhamdulillah, diri ini ketika ini sihat dan berada di dalam keadaan yang baik. Bagaimana khabar dirimu dan imanmu di sana? Semoga berada pada tahap yang diingini dan semoga barakah dan rahmat Allah senantiasa mengiringi langkah kakimu. Semoga engkau menapak dengan penuh rasa kehambaan...
Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Dan sesungguhnya penantian itu seperti suatu yang berat untuk ditanggung. Tetapi seperti katamu, sabar itu buahnya manis...sabar itu memberi erti. Dan diri ini sedikit sebanyak tenang dengan pujukan itu. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati. Semoga kita banyakkan istighfar apabila mengingatkan perkara ini. Jangan sampai terperangkap di dalam zina hati! Jangan terpedaya oleh nafsu kerana ingatlah akan sabda Rasulullah saw ini....
"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)"
(HR Hakim)
Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi. Diri ini terus bersiap untuk menerima perubahan keadaan persekitaran yang baru. Begitu juga persiapan minda dan sebolehnya sama-samalah kita menambah ilmu agar tidak timbul kesulitan di kemudian hari nanti. Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hatimu hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami...
Ingatkah dirimu akan ayat ini....
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
(Al Furqan:74)
Doa' yang dititipkan kita setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku.. Telah kuingatkan diriku, dalam setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku...dekatkanlah. Jika bukan, maka jauhkanlah...tetapi ternyata perjalanan urusan ini semakin dimudahkan ALLAH. Dan nyata, yang perlu dilakukan hanya menyemai kasih dan cinta padamu selepas pernikahan dan itulah yang terbaik buat diri ini kerana diri ini hanya mahukan keredhaan ALLAH di dalam setiap langkahan kaki dan perbuatan. Insya Allah, segala perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan juga. Dan ingatlah wahai bakal suamiku, tiap perbuatan dan tingkah laku kita akan diikuti oleh generasi selepas kita. Jadi berwaspadalah dengan setiap tutur kata dan perilaku...
Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa ’alaika tawakkaltu, wa ilaika anbtu, wa bika khoosamtu, wa ilaika hakamtu faaghfirlii maa qoddamtu wamaa akhkhartu, wamaa a’lantu, antalmuqodaimu wa antalmuqoddimu, wa antal muakhiru, laailaaha illa anta wala haula wala quwwata illabillahi.
Ya ALLAH, hanya kepadamu aku berserah diri, beriman, bertawakkal, kembali dan hanya bersandar kepadaMu aku mengambil keputusan. Kerana itu perkenanlah Engkau mengampuni dosaku yang telah lampau dan dosa yang akan terjadi, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku tampilkan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu ALLAH.
Doa'kan diri ini di dalam solat malammu.... Moga keyakinan kita padaNYA makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu....
Jagalah iman dan amalmu, semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti. Banyakkanlah berdoa' dan bertawakkal kepada ALLAH swt. Semoga terus berada di dalam redhaNYA...
Bakal zaujahmu...(^_^)

sumber :http://www.carijodohislam.com/MALAYSIA/node/1228

Sharing is caring!

Tuesday, December 7, 2010

Doughnut lover

Asal nampak donut, mesti saya terus beli dan makan. Penggemar donut tegar! tapi nya, saya tak berapa nak gemor dengan donut2 ada topping bagai ni. Yang orinal bersama gula, i like! 

 Suka makan, teringin nak buat, tapi tak buat2! hehe maka cuti2 Mesia ni, harus membuat donut! Menyelaklah saya di semua website yang ada, mencari resipi. ada yang susah, ada yang simple. Last2, saya campur, adjust sikit2..terus pi beli cari bahan. daripada sumber, kena pi cari tepung roti baru donut rasa gebu! tapi gagal dikesan tang mana tepung roti tu, sampai dah give up mencari, saya beli je tepung halus (untuk kek, pastri dsb) dan tepung gandum. 

 Pengikut setia dah jadi pembantu setia sekarang ni, si cumel Alin. Kemana aje, mengekor kakak nya ni.  Tambah, bab2 masak ni lagi la, suka nak menyebok, resipi pulak donut! sangat bersemangat.

Akhirnya, dengan bangganya sangat tak disangka2 dapat buat donut..heeee lembut, dan sangat sedap. tak pakai tepung roti pun ok. Permintaan Alin, tambah topping coklat. No problem! dah cuba, dah tau !:)

klik di sini untuk lihat resipinya :)

Salam Maal Hijrah 1432. Semoga menjadi lebih baik dan dirahmatiNya. Menaruh harapan pada hajat yang besar tahun ini, permudahkanlah Ya Allah..amin

Monday, November 29, 2010

Minggu pertama bercuti..

Tatkala itu masih di sekolah menyiapkan kerja yang masih belum selesai, almaklumla, banyak sangat cuti sebelum tu. Adik bongsu si Alin 'gediks' tu pu diangkut sekali menemani kakak sulung 'comel' ini. Katanya boring dok di Ipoh, ye lah tumpuan lebih kepada si Nina yang menduduki SPM. So, bila ajak pi KL, harus melompat2 lah si kecik ni. habis kerja di sekolah,smpat bawak dia round2 kat The Mines, and KLCC je. Tiba2, idea lain drpd lain muncul di kepala. Kita pi Melaka jom! heee, maka orang tua saya mengizinkan nak bawak adik jalan2 bercuti ditemani tunang tersayang yang bermastautin di Melaka itu. hee suka2..Alin pun suka!

Encik tunang pun suka, bosan jugak katanya so dia cadangkan pi picnic! sampai di Melaka agak lewat, memula pi picnic for lunch dulu kat tepi taman tasik ayer keroh..damai dan tenang sangat rasa.then singgat kat Planetarium di Melaka yang baru dibuka. dah habis explore, smpat nengok 3D movie..marvelous! 

Perjalanan diteruskan menuju ke Pantai Puteri, plan asal nak ke PD tak jadi, sebab dah lewat. so tak kesahla mana2 pun asalkan pantai. Dalam perjalanan sempat beli the best coconut shake kat area pantai Klebang, sangat sedap ok!! then, smpai kat pantai puteri, terus alin pi kat tepi laut. bercanda dengan abg Saypon dia. hee tak jeles pun..saya ni tukang jaga port n tukang amik gambo je. nak mandi dah tak sempat.

bertolak balik selepas solat magrib kat stesen minyak Petronas. dah penat, sekali lagi encik tunang mencairkan hati meng'offerkan diri teman kami balik ke KL. nasib baik hari tu dia cuti..alin tidur sepanjang perjalanan balik n kami pulak ber'chatting' dan berchenta. heheks!

thank u so much mr fiance. we all had so much fun!. :)

                                                              
                                                   bakal isteri mithali..ahaks

                                                    alin tewas kena baling air


Monday, November 15, 2010

kursus kahwin selesai sudah..

al kisah nya saya dan future husband dah nak booking kursus kahwin di bangsar bulan 12 ni. tapi tup tap tak disangka2 dah selesai dah pun kursus kahwin tanpa membayar satu sen pun :)..free of charge! hehe kenapa eh?

nak dijadikan cerita 2 hari selepas bertunang, terbaca satu peraduan kat dalam paper utusan, kalau menang dapat sponsor majlis kahwin, wah sape yg taknak?? daripada kad jmputan, pelamin, baju, catering, fotografi,  videografi, semua2 lah, di sponsor ok! so, kita ni pun cuba lah nasib perah otak cari idea melengkapkan slogan.
lagipun sejak kenal dgn encik Saypon ni, suka bnor nak masuk peraduan2 ni, dia la yang ngajo. last2, time raya deepavali bebaru ni, dapatlah panggilah mengatakan tahniah, di atas kemenangan anda dan pasangan! wah, melompat2, seronok tak terkata.

so 100 pasangan yang di shortlisted ni kena pi kursus kahwin anjuran JAKIM-JAIS. berkampung lah kami di ILIM, Bangi 3 malam 2 hari (12-14 nov). seronok! bermalam n berpeluang solat berjemaah bersama2.penceramah2 best2 belaka. drpd 100 akan dipilih 25 pasangan je utk ke peringkat seterusnya. 60 percent ujian bertulis, n 40 percent lagi penyertaan n disiplin sepanjang kursus. maka, apa keputusannya?? kami TIDAK TERPILIH! hehehe. sedih2 sob sob.

mungkin salah satu sebab, kami dah terlewat daftar n dah masuk lewat dlm auditorium masa hari pertama. sebab, accident dekat betul2 depan tempat peserta mendaftar. ish ish malu sesangat. kereta kami terlanggar dengan kereta salah satu peserta jugak. ni over excited punya pasal lah .so, mood sudah lari, walaupun tak rosak teruk, tapi fikiran terganggu jugak lah. jenuh masing2 menenangkan hati  masing2 utk fokus masa berkursus.

so, kat situ dah tolak markah. memang sangat strict pemarkahan nya. ye lah, ingat senang ke nak dapat majlis kahwin sponsor 100 ribu. ape2 pun, kami redha. dah dapat sijil kahwin! dan juga ilmu yang sangat2 berguna :) banyak input daripada kursus terkena batang hidung sendiri. harap2 dapat improve kan hubungan kami berdua ni..hee

                                                         dalam auditorium

                                                      kenalan2 baru

adat bertanding, ada menang ada kalah. kalau kalah, mungkin ada hikmah. tuhan nak uji kita sabar ke tak, kalau menang pulak, riak, lupa diri atau tidak hehe. So, semua yang berlaku dalam kehidupan kita, diperhatikan olehNya. alhamdulillah, syukur dengan setiap pemberian olehNya. :)

                                                         siap sijil kursus kahwin
                                                            tag nombor

Wednesday, November 3, 2010

rindu terubat jua..

text received..(rakan sekerja)

' sronokkan cuti dpt blk kg..smntara blm kawin ni slagi boleh balik,blk le..da kawin nti komitmen da lain..'

huhu..seronok mestilah seronok. walaupun hari2 bercakap dalam telefon, tapi rindu nak jmpa sangat menebal. especially, dengan si kecik yang sgt manja itu. 
 paling best bila balik mak sambut dengan masakan2 yang yummy! semalam sampai2 ipoh waktu maghrib, terus dapat kejutan.. a birthday cake! huhu cake ni sebenarnya hampir setiap kali sambut birthday cake ni lah yg bapak akan beli dr kedai yang sama. sebabnya, bapak suka n sedap sangat dah mcm ala2 secret recipe n sangat murah..kedainye betul2 depan tempat kerja bapak (IPG Ipoh)..

so, main menu semalam, semestinya laksa my feveret. n homemade ayam kfc! ditambah dengan pencoci molot pulut seri muka..wah heaven2..makan tak hengat. smpai lupa dah bekalan yang dibawa sendiri. oh yes mlm sebelum balik, sempat buat makaroni bakar, n dua hari lepas punyela rajin buat popia goreng simpul sira..yeke?hehe main hentam je namanye,1st time buat tak berapa nak kick, tapi bolehla nak makan, mama kata sedap! thanks kak lin bagi resipi, nanti share kat sini!

berbalik kepada sms yang diterima, dah kawin nanti lain? hmm yerlah kan, suami mesti no 1. dah tak boleh suka suki hati nak balik kg kecuali izin suami. baru sekarang faham bila dulu2 orang kata carila orang yang dekat (satu negeri).senang.hehe. nak buat camna dah kalau takdir dapat bakal suami orang jauh. apa yang penting.kerjasama! n also bertolak ansur.insyaAllah..bakal suami saya sangat sporting, n also bertolak ansur.hee cayang awak!

sebut pasal 'cayang' saya tu, terharu bila dia turun kl semata2 nak sambut birthday saya.tq so much lalink..satu hari jalan2 kat sunway pyramid n dibelanjakan mamam @secret recipe membuatkan saya jatuh hati lagi kat dia. n also a special gift - your true love. oh my lalink, rinduuuuuu!!

esok nak lepas rindu kat kawan2 kamceng bujang tersayang pulakss.. tak sabor! :)


Sunday, October 31, 2010

its been 2 years..

Yess, its been 2 years since my last post was published here..bukannya dah berhenti, cuma bila masa ni dipenuhi dengan aktiviti lain dan masalah2 teknikal lain membuatkan saya lupa dan 'malas' nak ber'blog'ing semula. Bila dah teringat n dapat buka balik account blogger ni (password pun lupa hehe) terus semangat nak 'type' something. 
 Macam ketinggalan zaman sket, but i admit, berblogging ni bukan saja ikut trend or peredaran zaman,tapi ia pengganti sebuah 'diary'.Dulu2 time tgh remaja rajin gak tulih dalam diary, smpai sekarang masih ada, n bila baca balik,sngat kelakar! mula teringat balik kenangan dulu,benda yang dah lama dapat ingat balik.So begitu juga dengan blog ni. Besides saja suka2, dapatlah disimpan segala memories untuk tatapan di masa akan datang..
   Sebagai guru, teringin jugak nak create blog khas untuk murid2, insyAllah..akan datang, bila mood itu muncul..hehe
    Susulan cerita dalam blog ni 2 tahun lepas, takda lah banyak sangat perkembangan nye. Dalam kerjaya, masih menunggu jawatan utk disahkan. Kalau dah sah nanti, boleh la usha2 rumah utk dibeli n apply utk sambung study. wah besar tu harapan, tapi for sure, i must upgrade myself. InsyAllah.
    baru 3 hari sambut hari jadi. dah tua benor rasenya. member ramai dah kawen n beranak pinak. kami? belum sampai masanya. InsyAllah, dah sampai masa, sampai lah tu kad kahwin.dah 2 tahun 30 bulan kenal, baru sebulan lebih terjalin ikatan pertunangan. Harapan, semoga ke jinjang pelamin..amin :)
   hehe macam bosan je baca blog ni! sangat mendatar! maybe sebab dah lewat malam.sangat mengantuk. okay. sekian saja...

Tuesday, October 26, 2010

oh my blog!

lame nye blog ni tak terusik, dah jadi blog usang! oh my, bila nak jadi rajin ber'blog'ging semula ni? hmm maybe really soon sempena special day? or maybe not, maybe lagi dua tahun?huahua..tungguuu..

Sunday, December 28, 2008

Grateful

I have chose the word GRATEFUL as it is very honorable of me to share my feelings with you guys how grateful I am now to be Noor Hanida, a cute daughter of the lovely husband and wife Ismail and Hindon. :) well that was just a beautiful introduction of my writing today. Dah lama tak berblogging, so lama jugak nak pikir nak tulis apa, kekok plak rasa :P

Askum all, my dear frens. It has been so long since my last post was published here in my new blog. Dan tak sempat lagi nak memberitahu kalian berkenaan blog yang baru ni. So, I decided to update the blog or update about myself in this blog during this short-n-splendid holiday for me.Welcome guys.

At present, hari ni semua umat islam di dunia menyambut Maal Hijrah 1430. Salam Maal Hijrah, semoga kita semua dilimpahi rezeki dan diberi kesihatan yang baik olehNya. dan 2 hari lagi 2009 pulak datang menjelma. Happy New Year to all. Hopefully this new year will bring us new hope, new achievements, new motivation that can lead and bring us to our destination in life. Speaking about new year, mesti cakap pasal azam tahun baru kan? But before that, let just give me recall the happenings in my life during 2008. I spent this year mostly at IPSAH where I found new frens, knowledge, and memories.

Rasa macam baru je daftar kat situ Institut Perguruan Sultan Halim, Sg Petani on 14th januari lepas. Masa mula-mula waktu orientasi, asik dok pikir tak abis2, tak sangka akan jadi cikgu jugak akhirnya Cik Nida kita ni. Dolu2 tak mau jadi cikgu, xmau dengar cakap mama n bapak, then akhirnya berkat doa parents juga termakbul. Tapi yang sebetoinya, udah jatuh cinta dengan kerjaya cikgu ni masa jadi cikgu ganti lagi.Sonok pulak dengan budak2, rasa sayang, kesian dan terhibur tgk kelatah mereka. Bila apply KPLI n dapat masuk, rasa syukur n berazam buat yang terbaik dan dapatkan ilmu sebanyak yang mungkin.So, bermulalah kelas pada Januari dengan tekunnya blajo sampailah Februari, ada kursus Bina Insan Guru di Pulau Pangkor. Hehe, banyak kenangan tercipta di sini especially the gelaran datin. Sangat2 la nervous masa tu smpai kwn2 pun boleh perasan betapa tension dan muka ketatnye saya masa tu. Tapi, memang great experience for me.Taknak cakap lebih lanjut, hanya mereka-mereka yang tahu sahaja mengetahui. ;)

Mac and April, sebok di Ipsah. Kemuncak sebok dengan assignments, presentations. Tak cukup tangan dibuatnya. Tapi sempat lagi Join the Koir group during the convocation day mengadap Sultan abdul Halim. Minat punye pasal kan. Mei pulak, dateline untuk hantar semua assignments n joined the kem pengakap. Huhu tak pernah termimpi akan masuk pengakap. Seronok juga bila terpilih jadi ahli pengakap. Sebabnya pengakap ni sama je mcm uniform lain, disiplin tinggi, bersih, tapi yang membezakannya ialah pengakap lebih relaks dan asyik gembira. Malam pengakap sangat happening, yang paling best time nyanyi dengan gitar. :) macam2 lagu ada..
Bulan mei juga berlangsungnya perkahwinan fathihah dan pasangannya Ady. Jun dah mula praktikal dkt nun jauh di sana, Baling saya ditempatkan bersama Ilah. 3 bulan kat sini, banyak kenangan manis. Thanks to Ilah, Niza and Huda sbb byk membantu, berkongsi ilmu, suka dan duka sepanjang berada kat Baling.

Bulan oktober, syok raya tahun ni, dapat kumpul semua one family kat rumah. Kalut, happy dan meriah. Kembali ke Ipsah, sambung silibus dan prepare untuk exam. November, kursus Induksi dan BTN di Ulu Kenas. Tapi sebelum tu, I had an accident, minor injuries but tragic accident. Syukur alhamdulillah, semuanya selamat. But my Satria, gone already. Sedih sangat, sebab plan nak pakai lama lagi. My bestfren dah jadi wife bulan ni, congrats sue. Tak sabar nak jumpa di kenduri nanti.

Awal disember, perpisahan dengan rakan2. sedeh sampai tak terkata masa nak babai. Dok tahan ayaq mata tak mau bagi keluar. I really miss them. Kebanyakannya macam kakak,especially my housemates, bleh tahan dengan kerenah adiknya ni yang suka emo2, yang moody, yang blur2..hehe
At the end, 13 of them will be goin to Sarawak soon. I wish u guys best of luck dan semoga tabah mengharungi kehidupan sbg seorang guru di sana. Dah kaya jangan lupa adinda di sini =I

Cakap pasal Sarawak, akhirnya plan percutian ke sana dah pun tercapai bersama2 Azwa, Fheng, Fadzlie and Amin. 4 days and 3 nite at Singgahsana Lodge filled us with joyable experiences, fun dan sangat meletihkan! Paling tak boleh lupa, the breakfast! =D

That was d closing for 2008, as for 2009, here are my current wish listing for my new resolutions.


- to start my career with smile and always smile for the whole year! :) tak lama lagi dah 5 january!
- To care, deliver knowledge to all my pupils with full of passion and dedication insyallah.
- Buying a car, wal-lah!
- Learn to manage my own finance properly, tak mau boros2 dah!
- Spend time at home with cooking..no alasan takda masa! :)
- To be a better person, of course.

I have no doubt to tell you guys that my heart has been stolen. Yep I am so sure n I’ve find out who dat ‘person’ is. =I to my dearest hby sayang, thanks for everything..sorry for not being a good lover, sorry for not being a good listener, sorry for always hurting u, sorry for everything dear. thank you for loving me the way no one can. u understand me and you know just how to make things right..i know that sometimes you feel that I want to give up on this relationship, i admit that is true, but then, I remember the time when I pray before we met, to give me someone I could love with all my heart and would love me in return, someone I can grow old with to spend my happy and sad memories, and someone whom I can spend the rest of my life with thru all ups and downs, for better or worse..n that's when I always realize that Allah gave me you.
i promise that whatever struggles we have to carry on in our relationship, I would still hold onto our love because I believe dat this is just the way of Allah to teach us to be strong and faithful to each other, dat after this trial we will still be together and start our new life together with a better future ahead of us. I thank Allah for you and thank you for being you. I love you now and I'm sure I'll love you even more tomorrow .... i am so grateful to have u in my life sayang!

Sunday, April 27, 2008

one more day.!

Askum. tomorrow will be the last day observing the school. The school dat i have chosen, konon2 paling dekat dengan rumah, tapi selalu sampai sharp! tak penah la nak ada effort smpai awl 5 minit ke, 10 minit ke. this is not gud nida.a gud teacher is always ready n early! :)

then esok petang jugak, after school. will drive alone back to Ipsah. rindu dah sangat. kejap je dah nak bulan 5, then cuti, pastu praktikal in june. dah takda masa for me to leka2. wish me luck.
later days at ipsah. insyallah klu free ;)

Sunday, March 9, 2008

Introducing my new frens..










They are my classmate + new frens. Glad to have frens like you guys. Together we learn and focus in our mission to be a teacher. :)