Nieda & Niezam

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 15, 2010

kursus kahwin selesai sudah..

al kisah nya saya dan future husband dah nak booking kursus kahwin di bangsar bulan 12 ni. tapi tup tap tak disangka2 dah selesai dah pun kursus kahwin tanpa membayar satu sen pun :)..free of charge! hehe kenapa eh?

nak dijadikan cerita 2 hari selepas bertunang, terbaca satu peraduan kat dalam paper utusan, kalau menang dapat sponsor majlis kahwin, wah sape yg taknak?? daripada kad jmputan, pelamin, baju, catering, fotografi,  videografi, semua2 lah, di sponsor ok! so, kita ni pun cuba lah nasib perah otak cari idea melengkapkan slogan.
lagipun sejak kenal dgn encik Saypon ni, suka bnor nak masuk peraduan2 ni, dia la yang ngajo. last2, time raya deepavali bebaru ni, dapatlah panggilah mengatakan tahniah, di atas kemenangan anda dan pasangan! wah, melompat2, seronok tak terkata.

so 100 pasangan yang di shortlisted ni kena pi kursus kahwin anjuran JAKIM-JAIS. berkampung lah kami di ILIM, Bangi 3 malam 2 hari (12-14 nov). seronok! bermalam n berpeluang solat berjemaah bersama2.penceramah2 best2 belaka. drpd 100 akan dipilih 25 pasangan je utk ke peringkat seterusnya. 60 percent ujian bertulis, n 40 percent lagi penyertaan n disiplin sepanjang kursus. maka, apa keputusannya?? kami TIDAK TERPILIH! hehehe. sedih2 sob sob.

mungkin salah satu sebab, kami dah terlewat daftar n dah masuk lewat dlm auditorium masa hari pertama. sebab, accident dekat betul2 depan tempat peserta mendaftar. ish ish malu sesangat. kereta kami terlanggar dengan kereta salah satu peserta jugak. ni over excited punya pasal lah .so, mood sudah lari, walaupun tak rosak teruk, tapi fikiran terganggu jugak lah. jenuh masing2 menenangkan hati  masing2 utk fokus masa berkursus.

so, kat situ dah tolak markah. memang sangat strict pemarkahan nya. ye lah, ingat senang ke nak dapat majlis kahwin sponsor 100 ribu. ape2 pun, kami redha. dah dapat sijil kahwin! dan juga ilmu yang sangat2 berguna :) banyak input daripada kursus terkena batang hidung sendiri. harap2 dapat improve kan hubungan kami berdua ni..hee

                                                         dalam auditorium

                                                      kenalan2 baru

adat bertanding, ada menang ada kalah. kalau kalah, mungkin ada hikmah. tuhan nak uji kita sabar ke tak, kalau menang pulak, riak, lupa diri atau tidak hehe. So, semua yang berlaku dalam kehidupan kita, diperhatikan olehNya. alhamdulillah, syukur dengan setiap pemberian olehNya. :)

                                                         siap sijil kursus kahwin
                                                            tag nombor

1 comment:

  1. oklah tu nida dpt kursus free..ehehhe
    weee...nk tawen dh...suka suka///

    ReplyDelete