Nieda & Niezam

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 29, 2010

Minggu pertama bercuti..

Tatkala itu masih di sekolah menyiapkan kerja yang masih belum selesai, almaklumla, banyak sangat cuti sebelum tu. Adik bongsu si Alin 'gediks' tu pu diangkut sekali menemani kakak sulung 'comel' ini. Katanya boring dok di Ipoh, ye lah tumpuan lebih kepada si Nina yang menduduki SPM. So, bila ajak pi KL, harus melompat2 lah si kecik ni. habis kerja di sekolah,smpat bawak dia round2 kat The Mines, and KLCC je. Tiba2, idea lain drpd lain muncul di kepala. Kita pi Melaka jom! heee, maka orang tua saya mengizinkan nak bawak adik jalan2 bercuti ditemani tunang tersayang yang bermastautin di Melaka itu. hee suka2..Alin pun suka!

Encik tunang pun suka, bosan jugak katanya so dia cadangkan pi picnic! sampai di Melaka agak lewat, memula pi picnic for lunch dulu kat tepi taman tasik ayer keroh..damai dan tenang sangat rasa.then singgat kat Planetarium di Melaka yang baru dibuka. dah habis explore, smpat nengok 3D movie..marvelous! 

Perjalanan diteruskan menuju ke Pantai Puteri, plan asal nak ke PD tak jadi, sebab dah lewat. so tak kesahla mana2 pun asalkan pantai. Dalam perjalanan sempat beli the best coconut shake kat area pantai Klebang, sangat sedap ok!! then, smpai kat pantai puteri, terus alin pi kat tepi laut. bercanda dengan abg Saypon dia. hee tak jeles pun..saya ni tukang jaga port n tukang amik gambo je. nak mandi dah tak sempat.

bertolak balik selepas solat magrib kat stesen minyak Petronas. dah penat, sekali lagi encik tunang mencairkan hati meng'offerkan diri teman kami balik ke KL. nasib baik hari tu dia cuti..alin tidur sepanjang perjalanan balik n kami pulak ber'chatting' dan berchenta. heheks!

thank u so much mr fiance. we all had so much fun!. :)

                                                              
                                                   bakal isteri mithali..ahaks

                                                    alin tewas kena baling air


Monday, November 15, 2010

kursus kahwin selesai sudah..

al kisah nya saya dan future husband dah nak booking kursus kahwin di bangsar bulan 12 ni. tapi tup tap tak disangka2 dah selesai dah pun kursus kahwin tanpa membayar satu sen pun :)..free of charge! hehe kenapa eh?

nak dijadikan cerita 2 hari selepas bertunang, terbaca satu peraduan kat dalam paper utusan, kalau menang dapat sponsor majlis kahwin, wah sape yg taknak?? daripada kad jmputan, pelamin, baju, catering, fotografi,  videografi, semua2 lah, di sponsor ok! so, kita ni pun cuba lah nasib perah otak cari idea melengkapkan slogan.
lagipun sejak kenal dgn encik Saypon ni, suka bnor nak masuk peraduan2 ni, dia la yang ngajo. last2, time raya deepavali bebaru ni, dapatlah panggilah mengatakan tahniah, di atas kemenangan anda dan pasangan! wah, melompat2, seronok tak terkata.

so 100 pasangan yang di shortlisted ni kena pi kursus kahwin anjuran JAKIM-JAIS. berkampung lah kami di ILIM, Bangi 3 malam 2 hari (12-14 nov). seronok! bermalam n berpeluang solat berjemaah bersama2.penceramah2 best2 belaka. drpd 100 akan dipilih 25 pasangan je utk ke peringkat seterusnya. 60 percent ujian bertulis, n 40 percent lagi penyertaan n disiplin sepanjang kursus. maka, apa keputusannya?? kami TIDAK TERPILIH! hehehe. sedih2 sob sob.

mungkin salah satu sebab, kami dah terlewat daftar n dah masuk lewat dlm auditorium masa hari pertama. sebab, accident dekat betul2 depan tempat peserta mendaftar. ish ish malu sesangat. kereta kami terlanggar dengan kereta salah satu peserta jugak. ni over excited punya pasal lah .so, mood sudah lari, walaupun tak rosak teruk, tapi fikiran terganggu jugak lah. jenuh masing2 menenangkan hati  masing2 utk fokus masa berkursus.

so, kat situ dah tolak markah. memang sangat strict pemarkahan nya. ye lah, ingat senang ke nak dapat majlis kahwin sponsor 100 ribu. ape2 pun, kami redha. dah dapat sijil kahwin! dan juga ilmu yang sangat2 berguna :) banyak input daripada kursus terkena batang hidung sendiri. harap2 dapat improve kan hubungan kami berdua ni..hee

                                                         dalam auditorium

                                                      kenalan2 baru

adat bertanding, ada menang ada kalah. kalau kalah, mungkin ada hikmah. tuhan nak uji kita sabar ke tak, kalau menang pulak, riak, lupa diri atau tidak hehe. So, semua yang berlaku dalam kehidupan kita, diperhatikan olehNya. alhamdulillah, syukur dengan setiap pemberian olehNya. :)

                                                         siap sijil kursus kahwin
                                                            tag nombor

Wednesday, November 3, 2010

rindu terubat jua..

text received..(rakan sekerja)

' sronokkan cuti dpt blk kg..smntara blm kawin ni slagi boleh balik,blk le..da kawin nti komitmen da lain..'

huhu..seronok mestilah seronok. walaupun hari2 bercakap dalam telefon, tapi rindu nak jmpa sangat menebal. especially, dengan si kecik yang sgt manja itu. 
 paling best bila balik mak sambut dengan masakan2 yang yummy! semalam sampai2 ipoh waktu maghrib, terus dapat kejutan.. a birthday cake! huhu cake ni sebenarnya hampir setiap kali sambut birthday cake ni lah yg bapak akan beli dr kedai yang sama. sebabnya, bapak suka n sedap sangat dah mcm ala2 secret recipe n sangat murah..kedainye betul2 depan tempat kerja bapak (IPG Ipoh)..

so, main menu semalam, semestinya laksa my feveret. n homemade ayam kfc! ditambah dengan pencoci molot pulut seri muka..wah heaven2..makan tak hengat. smpai lupa dah bekalan yang dibawa sendiri. oh yes mlm sebelum balik, sempat buat makaroni bakar, n dua hari lepas punyela rajin buat popia goreng simpul sira..yeke?hehe main hentam je namanye,1st time buat tak berapa nak kick, tapi bolehla nak makan, mama kata sedap! thanks kak lin bagi resipi, nanti share kat sini!

berbalik kepada sms yang diterima, dah kawin nanti lain? hmm yerlah kan, suami mesti no 1. dah tak boleh suka suki hati nak balik kg kecuali izin suami. baru sekarang faham bila dulu2 orang kata carila orang yang dekat (satu negeri).senang.hehe. nak buat camna dah kalau takdir dapat bakal suami orang jauh. apa yang penting.kerjasama! n also bertolak ansur.insyaAllah..bakal suami saya sangat sporting, n also bertolak ansur.hee cayang awak!

sebut pasal 'cayang' saya tu, terharu bila dia turun kl semata2 nak sambut birthday saya.tq so much lalink..satu hari jalan2 kat sunway pyramid n dibelanjakan mamam @secret recipe membuatkan saya jatuh hati lagi kat dia. n also a special gift - your true love. oh my lalink, rinduuuuuu!!

esok nak lepas rindu kat kawan2 kamceng bujang tersayang pulakss.. tak sabor! :)