Nieda & Niezam

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Welcome 2011..

Tahun baru muncul lagi, semestinya dikaitkan dengan azam baru. Azam lama cemana? as for me, banyaaaakk lagi belum ditunaikan..:( :( maksudnya, saya gagal. bila gagal, bukan bermakna selama-lamanya gagal. yes, jangan putus harap. tapi 2010 dah pun mencipta satu lagi kenangan indah dalam hidup saya. Bersyukur pada-Nya dengan segala nikmat yang Dia beri. Harapan, lebih indah di tahun ini. Yang pasti, manusia hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

Lagi 2 hari persekolahan akan bermula. Mesyuarat dah pun habis hampir seminggu. Macam-macamlah di kepala ni, belum apa2 dah serabut. Jawatan makin mencabar, yep saya ambil sebagai cabaran. Hidup ni memang takkan lekang dengan cabaran n dugaan. sentiasa ingatkan diri jadi positif selalu. Yang menjadi penyokong setia mestilah family n si dia yang tak putus2 banyak beri nasihat n kata2 perangsang.

Tiada siapa mengharapkan yang pahit terjadi pada tahun baru ini. semuanya manis2 belaka kan? so azam tahun baru saya yang lebih umum, nak jadi lebih berdisiplin, termasuklah dlm kerja, nak kurus! heee, n pembahagian masa. keduanya, melengkapkan azam itu sendiri. Yes insyallah!





Selamat tinggal 2010..n welcome 2011..may us be blessed with joy n happiness..

No comments:

Post a Comment