tribute to my loved ones..
Sunday, January 1, 2012
welcome 2012
Selamat Tinggal 2011..yang berlalu dengan seribu kenangan..
buang yang keruh ambil yang jernih..
Selamat Tahun Baru!!
semoga tahun baru memberikan sinar baru,
yang lebih membuahkan kejayaan dan kebahagiaan...
syukur dengan apa yang ada..ungkaplah selalu Alhamdulillah..
p/s : ape kaitan vid dgn tahun baru? kehkeh
ohh antara kenangan terrmanis 2011
faces of my love...lovee..lovee
Friday, November 11, 2011
already 5 months!
huhu..5 bulan pernikahan ye. bukan di dalam perut...:) alhamdulillah 5 bulan yang happy sentiasa walau berjauhan. bila jauh, semakin rindu semakin sayang..gitu.
sedang menulis ni hubby dah balik ke melaka. :( n saya baru lepas sakit teruk mengalami food poisoning.. tapi surf @google more to gastric penyakit saya ni...muntah berkali2, nasib baik husband di sebelah n jaga tip top daripada bawa ke klinik sampai lah sedia makanan.. terharu sangat. ni first time sakit hubby ada di sebelah. walaupun kekadang bila hubby ada macam ada terlebih manja sikit, hubby tetap bersabar melayani kerenah isteri..huhu tq so much lalink.
di bawah ni saje nak share tentang satu artikel drp pakarhowto.com tentang tips hidup bahagia suami isteri..tatapan saya dan juga suami..
- sentiasa positif okay! gelak tawa n suasana kasih sayang adalah suatu kemestian-
- niat perkahwinan mestilah baik, untuk mencari keredhaan Allah, berdoalah selalu..
- bukan sekadar suami isteri sahaja, tetapi menajdi rakan karib, atau "soulmate" lah kan.luahkan masalah yang ada, elak rasa malu..
- belajar mudah memaafkan pasangan dan kurangkan rasa marah2!
- rugi kalau berdendam..
- perbanyakkan nasihat, puji2an buat pasangan..komunikasi sangat penting.
- amalkan senyuman selalu, percuma je pun..sentuh selalu tangan, bahu, kepala dan sebagainye..
- berterus teranglah dengan pasangan..
- suami, berilah penghargaan istimewa buat isteri..spt candle light dinner, atau hadiah best2..huhu
- kalau keluar bersiar2, berpegang2lah tangan untuk lebih mesra..
- kedua2nya mesti tegur antara satu sama lain dengan penuh hikmah dan bijak kalau ada yang buat salah..
- tidak terlalu mengongkong pasangan. masing2 ada hak untuk bersosial bersama2 kawan dan masyarakat.
- kerja rumah adalah kerja untuk bersama2 dilakukan..
- hubungan seksual yang sihat juga penting! gitu....
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami
" Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami
sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"
(Surah Al-Furqan ayat 74)
Friday, November 4, 2011
honeymoon story::backpackers version::
selepas 4 bulan diijabkabulkan, barulah berkesempatan nak berbulan2 madu ni..tak macam kebanyakan couple yang terus honeymoon 2-3 hari lepas jadi suami isteri. nak buek camno, masing2 ada komitmen dlm kerja plus cuti pun susah nak dapat..
so our honeymoon bermula pada cuti deepavali yang lepas. destination-Pulau Langkawi! sebab pilih Langkawi, pertama,lama dah tak pi..kedua, dapat langkawi ni sebab hubby menang contest kat dlm program tv hujung tahun lepas..hehe maka harus pergi jugaklah! so dh dpt satu honeymoon free! Kami terbang dengan AirAsia, bermalam di The Cabin at pantai Chenang yang sesuai utk backpackers.tiba dalam jam 3pm n terus check in di hotel dulu. hubby dah booking seblm smpai airport utk sewa kereta viva 2 hari. ok la tu hanya dua orang. condition kereta sangat superb! so lepas ni boleh contact lagi. kot2 nak pakai kereta lebih besar bila dah ada anak nanti huhu.
sampai je kami jalan2 di pantai chenang and plan utk program for the second day.after menikmati sunset, kami dinner dekat one of the seafood restaurant kat situ. so sangat santai malam itu sambil2 bercinta.:)
| depan hotel..muka penat berjalan |
| @tasik dayang bunting |
hari ketiga pagi2 dah checkout hotel n terus ke cable car n subhanallah pemandangan nye dari atas sangat menakjubkan! 15 minit masa untuk cable car bawak kami naik ke gunung machincang sangatlah mendebarkan...huhu bibir ni kumat kamit baca selawat. lepas tu kami ke Nusantara Maju antara company yang keluarkan produk gamat.pastu terus ke makam mahsuri..sangat upset dengan persekitaran kat situ.banyak show yang close n seolah2 tak cukup pekerja nak jaga kawasan situ. pelawat dah tentu ramai sebab cuti umum. papan tanda yang paparkan makluman n sejarah mahsuri pun dah lama tak upgrade sebab ada tulisan nye kabur so susah nak baca. yang best pun cuma dalam muzium nye je lah. itupun sbb ada aircond.huhu..n makluman terbaru tentang keluarga mahsuri pun ada..
kemudian terus ke pekan kuah untuk shopping!! huhu masa sangat singkat kat pekan kuah. shopping cekelat je banyak. :) pastu dinner di EE burger..haa kedai ni pun orang local recommend. menu sangat variety n pastinye sedap. sampai saya order 2 big meal ok! hubby hanya mampu geleng kepala dan menurut sahaje perintahku...hehe salah satu sebab boleh order lagi ialah dapat sms mengatakan flight balik kl delayed..huhu maka sampai di lcct dah lewat malam. public tansport pun dah tutup. n taknak menyusahkan member.so kami buat keputusan bermalam di lcct hehehe..sejarah sungguh.!ini memang betul2 backpackers sejati.hiks!awal pagi barulah ke kl central n naik komuter untuk pulang ke rumah. kereta kami parking di Terminal Bersepadu Selatan. adventure sungguh.
ini kali pertama kami travel berdua. sangat indah. cant wait for our second version of honeymoon. romantika version i guess..sbb memang full honeymoon package!huhu yang pasti lokasinye masih ada pantai! coz i loveeeeee beach!! wee..tungguuuuuu...
permudahkan segalanya Ya Allah..amin
Sunday, October 2, 2011
Istiqamah
syawal dah berlalu.. masih lagi mood raya, sebab asyik makan je khojenyer..hmm tak elok tu.semua manusia dah tegur saya nampak gemuksss..hade saya kesah??huhu oh tidak.kesah kesah.. haruslah bertindak !. makan sayur je lepas ni. back to gym maybe? mari berdiet semula setelah sebulan berhari raya..huhu
Sunday, August 21, 2011
Annually Iftar : Truely Friends
Location : Flamming Steamboat, Sunway
Date : 20th August 2011
It's really great to see the bond of friendship that based on sincerity and loyalty is closely tied. We had been together for nearly 9 years and it was really wonderful..My beauty and handsome babes, thank you so much and this beautiful song is special dedicate to you guys. Hope this bond will last forever!
| really enjoyed our iftar together yesterday. |
| Myhubby supposed to join us but he was on duty. tq hubby for letting me hang out with these truely frens. miss you! |
Saturday, August 13, 2011
bila rasa kecewa...
saat ini rasa kecewa yang tercipta semalam masih belum dapat hilang..tersangat marah dengan 'orang itu' dan kecewa dengan diri sendiri. mujur ada yang memahami dan mengajak mencari ketenangan dariNya. ada manusia, tak sangka bila kita sanjung dah hormat, dan bercakap elok di depan mata..sanggup menabur kata berunsur fitnah di belakang kita..rasa benci dan menyampah yang teramat nak berhadapan dengannya!
bila tiba masa mengadap Dia, rasa marah dan sedih bertukar dengan kecewa dengan diri sendiri..siapalah diri ini nak membenci insan lain? elok sangatkah diri sendiri?mungkin itu hanya satu keburukan atau kelemahan dirinya sedangkan seribu kebaikan yang ada terus dinafikan?
pengalaman pertama bertarawikh dalam keadaan gelap (putus bekalan)di surau smlm sangat memberi kesan yang mendalam pada diri saya. keadaan jadi gelap sebab wire yang dah terbakar akibat cuaca hujan lebat dan ribut petir di kawasan ni. dahla pakai jubah, panas dan berkuap sangat! bilangan orang yang nak bertarawikh alhamdulillah ramai. tapi ada juga yang balik rumah lepas solat isyak.kalau ikutkan hati yang tak sabar ., boleh jadi rasa nak balik jugak.tapi hati terus dipaksa sabar dan ajak minda ni fokus dan kusyuk utk hilangkan rasa panas.. subhanallah..smbil mengalirkan air mata akibat terlalu rasa kecewa,tak lama lepas itu, angin datang dan badan rasa sejukkk sangat. seakan ada penghawa dingin walaupun masih ada suara yang mengeluh kepanasan dan berpeluh di badan. ye, peluh di badan memang boleh ditadah!. hati masih bersedih dan doa dipanjatkan dengan penuh kusyuk setiap kali meng'amin'kan doa imam. sekali lagi air mata mengalir. sukar digambarkan perasaan yang berbaur masa tu. timbul keinsafan & kesedaran..
bila waktu pulang, sedaya upaya cuba utk lenyapkan rasa sedih. suami tak henti memberi semangat.saya percaya, orang yg dimaksudkan tidak sengaja dan itu cuma kelemahan dalam diri seorang manusia. terlalu sukar nak memaafkan..dan luka di hati masih berdarah. hanya Dia dan Quran pengubat luka..
buat tatapan diri dan yang disakiti..
"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-surah Ali-Imran ayat 139
" Wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-surah Ali-Imran ayat 200
" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesunggugnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang -orang yang khusyuk.."
-surah Al-Baqarah ayat 45
subhanallah...
Thursday, August 11, 2011
our 1st iftar : only two
syukur. genap 2 bulan perkahwinan kami semalam. dan kali pertama berkesempatan berbuka hanya berdua sebagai suami dan isteri. awal ramadhan sempat sambut bersama kedua2 keluarga di kedah n ipoh. pengalaman di umah mentua, so far ok..:) bertuah dpt mak mentua yang sporting n tok yang sgt comel. dan sempat jugak husband bawak ke kubur arwah ayah mentua. semoga rohnya dicucuri rahmat. dah 2 tahun pemergiannya..walau tak sempat kita bersua, doaku tak akan putus buatmu.
bila husband nk dtg, maka peninglah kepala nak masak apa utk suami..haha belum ape2 dah pening. padahal jumpa pun seminggu sekali. dahla husband jenis tak kesah n jenis suruh saya yang kena explose sendiri. baru teringat, husband pernah request masak lemak telur..n dia ckp suka makan ikan tongkol maknye buat. huhu maka dgn itu terus cari resipi. husband datang terus beli barang dapur bersama, dan balik umah terus bersilat memasak...n hasilnya..MARVELOUS!!.. marvellous lah sangat. tapi husband makan banyaaakkk....saya masak 3 pot nasi..dan habis. :)))) menunya seperti di bawah.
| agar-agar koktel sbg pencuci molot |
| masak kari ikan tongkol |
| taraaaaa..masak lemak telur. tak menarik telurnya pecah sikit. n terrrmasin sikit.sorrryy yang. |
yang lain2 tak sempat snap gambo sbb excited nak makan ialah
ayam masak kicap
ulam kacang botol
sambal tempoyak(1st time buat)
heee..sekian.seronok menjadi isteri..dan sekarang saya sakit gigi...mysayang dah balik. kembali keseorangan. mencari keredhaan di bulan yang mulia..syukur dgn nikmat yang ada..Sunday, July 3, 2011
sepuluh & sebelas jun dua ribu sebelas
hee..macam dah takde koje type tarikh panjang2. okay, this is it. masa yang ada untuk update blog telah tiba. Wpun hari bersejarah dah nak dekat sebulan berlalu, tapi feel itu tetap ada lagi. rasa macam nak rewind balik pun ada . sebab everything went too fast! i believe semua yang pernah merasai pun faham kan. klu boleh hari2 nak jadi pengantin baru kan kan..
recall back hari2 yang indah itu., 10 jun jumaat yang mulia dimulakan Majlis Khatam Quran, bersama 2 org adik yg manis bergabung tenaga membaca surah2 yg terlibat. oh yes, malam sebelum tu dah mula merahkan jari jemari ku yg montoks ni dengan inai..tercapai hajat nak berinai dengan Wa Jah, makcik saya dr kedah yang memang pakar meng inai kaum kerabat keluarga saya sejak kecik. walaupun dah tak sekuat dulu n asyik dok marah saya yang tak reti dok diam yang mengakibatkan inai di jari ni rosak, saya tetap berpuas hati.hee
masa khatam quran alhamdulillah kaki saya tak cramp disebabkan duduk bersimpuh terlalu lama.. hehe. tapinye debaran kat dalam hati ni tuhan saja yg tau. cover je dalam hati sepanjang hari smpai lah masa utk di make up kan utk majlis nikah. dah sampai masa, peliknya takda berdebar pulak. bila dah dengar sekali lafaz (hebat kan suamiku), berjaya tak titiskan air mata. pasai pa, klu dah setitis, dikhuatiri bergallon2 dan banjir kot satu taman nanti.si adik nina jugak yang cabar jgn nangis. tapi last2 dia yg teresak2..dari situ, berjujuran lah jugak, dan sangat huduh kalau muka nak cntrol nanges..
lepas nikah dan bergambor beramai2 , pegi photoshoot kat taman polo. perasan macam artis kejap. bukan selalu pun kan . only once in a lifetime pakai baju pengantin dan bergambar okay..maka haruslah megikut saja kata si photographer, Fauzan dan Firdaus namanye. marvellous la photoshoot dgn dorang ni. tak sia2 jumpa. sangat di recommanded.
malam tu tidoq lewat jugak wpun dah dipesan tido awal. salahkan brides maid sebab dia ajak bersembang. hehe sorry dear malina. but i love her. kazen saya sorang ni mmg sayangkan saya sgt sebab tu dia nak mghabiskan malam2 terakhir tidor dgn saya dgn sepenuhnya. ahaks! esoknya bangun dan terus get ready utk di make upkan oleh juru mekap tetap pilihan - kak tiq. kak tiq siap prepare bulu mata khas untuk mata i taww. dalam bilik kecik itu dipenuhi dengan photgrapher, videographer n bestfrens! really miss that moment.
n bila masa untuk bersanding tiba, sangat bersyukur sebab cuaca masa tu tak panas, tak gelap. nampak semua tetamu makan best je especially cendol yang tak smpat saya nak rasa pun. semua best lah kirenya (soryy kalau terlebih puji) tapinye tetap ada jugak yg tak syokk. biaselah tu takkan dapat perfect kan dalam sesebuah event. i admit it. kita hanya mampu merancang...syukur ok..tapi saya tetap happy dgn suami di sebelah. :):)
cukup setakat ini cerita saya. tak brp pandai nak cerita sebenor2nye. kesimpulannnye, haha siap ada kesimpulan. erm saya rasa mcm nak bersanding lagiiiiiiii! hehe tak puas rasa...udah2 le tu..fokus ler bagaimana jadi bini yang baik..insyallah..my husband, b ok kan setakat ni, kan kan ?yg penting setiap kali jmpa haruslah memerah air dari celah2 jemari ni utk bagi makan suami yer. tak kire lah menu best ke tak, bak kata seseorang, air tangan isteri itu penting ye. ;) okay nak tidoq. nanti update plak aktiviti lepas jadi laki bini. weeeeeee :):) saya rindu suami :(:(:( sekian.
![]() |
| sanding |
| baju nikahku direka khas oleh saudara khalik mustafa. i love it. | catch him! |
![]() | ||
| pelamin khatam Quran. |
![]() | |
| akad nikah pelamins by Zaid.. takkan menyesal! :) winduuuuuuuu si dia :I |
Sunday, June 26, 2011
::dah jadi isteri::
syukran..alhamdulillah..dah pun selamat saya menjadi isteri kepada Mr Shaifon Nizam..10 jun lalu. dan majlis kahwin 11 jun selesai dengan lancarnya.
dah plan nak update dekat blog beberapa hari sebelum dan beberapa hari selepas. tp tak tercapai jugak..takdelah bz sangat tapi buat buat bz kot haha. banyak nak diceritakan. tujuan hanya nak berkongsi n tatapan diri sendiri di masa akan dtg jugak. nak mula kat mana eh? entry ni saya mulakan dgn introducing my husband dulu kay..
ramai tanya husband org mana? camna kenai? dan lain2 lagi..hehe..akan ku jawab sekarang..
tahun 2004 bulan tak ingat
- bermula one missed call di rumah kat ipoh..ahaks
- maka bermula perkenalan, sebab dia kata nak kenai. dpt no dr kawan katenye
- seronok berkawan, mostly dengan sms n YM
tahun 2005 - 2007
- lost contact. pun tak ingat camna leh berlaku..rasanye hp hilang n
nombor pun lost.YM dah jarang layan .
januari 2008
- start YM. baru perasan msg dia, mintak no phone. terus bagi..takda feeling..selesa berkawan.
april 2008
- dr berkawan lama2 suka, jatuh chenta.ada mcm magnet di situ.. mula serius sikit2. tak pernah jumpa,
hanya sms dan calling2..
september 2008
- dia turun ipoh di bulan ramadhan. 1st time date, its a blind date. bukak puasa
sama2 di casuarina hotel..terus jatuh chenta lagi dan lagi dan lagi...hehe
march 2009
- 1st time jumpa with my family at melaka ketika bercuti di sana. had lunch at
Malim Ikan Bakar.
Mei 2010
- perbincangan serius dengan my parents at restoran di serdang. lupa apa nama
dah. tersipu2 malu masa nih. heee
12 september 2010
- hari merisik dan bertunang. happy ! wee
10 jun 2011
- ijab dan kabul :)
asal org kedah kerjanya di melaka..tapi sy dok mengharap dpt kerja di sini. tp kalau melaka mjadi pilihannya..sy akur..
sepanjang 3 tahun serius berkawan, byk suka duka..belajar banyak benda drp dia. sumtimes it was really hard especially dugaan masa bertunang. kang tuleh lebih2 saya nangeh, biarlah hanya mjadi kenangan antara saya dan hubby.. tapi alhamdulillah, termeterainye juga ikatan suci ni. sy sayang dan cintakan dia sepenuh hati. n i know he loves me too..semua pasangan mengharapkan kebahagiaan berkekalan dlm setiap perkahwinan..insyallah, berkat doa our both parents, families, frens..moga kekal n happy with our cute childrens..
to my hubby, i love you so much.. thank you and thank you..blog ni jadi saksi, janji b pada hubby utk jadi isteri yg solehah n taat pada suami..serius syok klu kawen ni.! mcm baru bercinta pulak..:)indah sungguh..
next entry, my wedding day! :) tggu okay.. sblm tu, tq pada semua yg hadir yg sudi meraikan..sorry sgt if tak terlayan..
| 26 september 2008 - 1st date |
| december 2009 - times square abg misai kurus gitew time ni hee |
![]() |
| he's my husband now ,love u muahhxss.! * pic taken from Fheng's album.tq dear |
Subscribe to:
Posts (Atom)





